Pesanan Saidina Abu Bakar as-Siddiq :)

Friday, September 30, 2011


-Bismillahirrahmanirrahim-

Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu.


islamicstuffs:

Such is Allah! The most beautiful names belong to Him.



Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. 
Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. 
Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. 
Dunia menyeru supaya memilihnya daripada akhirat. 
Anggotamu menyerumu berbuat dosa. 
Allah menyerumu ke syurga dan keampunanNya. 





 Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. 

 Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). 
 Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. 
 Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah syurganya. 
 Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.



"Dan Dialah yang menerima taubat hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan." As-Syura; 25 :')

So, kita nak ikut yang mana ? :)

“To fight against one’s desires is the greatest of all fights.”

Golongan Yang Allah Suka, Sayang, Kasih, dan Cinta ~ :)

Sunday, September 25, 2011

-Bismillahirrahmanirrahim-

Pertolongan Allah itu dekat ~ :')

Assalamualaikum you olls ~ Kaifa halukum? Dah solat? Kalau belum solat, sila solat dulu. Jangan buat diri kita termasuk dalam golongan yang meruntuhkan agama, na'uzubillah. InsyaAllah hari ni saya akan share tentang beberapa golongan yang Allah suka, sayang, kasih dan cinta.

Dalam al-Quran, perkataan yang digunakan ialah "yuhibbu" atau jika ditranslatekan ke dalam bahasa Inggeris bermaksud "love". Tapi perkataan "yuhibbu" ni tak mampu dirungkai maksudnya dalam bahasa Melayu. Terlalu banyak makna. *patutlah BM ana B*

Jom tengok ciri-ciri orang yang disayangi Allah :)

- Allah menyukai orang yang berbuat baik ~ al-Baqarah; 195
- Allah menyukai orang yang bertaubat ~ al-Baqarah; 222
- Allah menyukai orang yang menyucikan diri ~ al-Baqarah; 222
- Allah mencintai orang yang bertakwa ~ Ali Imran; 76
- Allah menyukai orang yang sabar ~ Ali Imran; 146
- Allah mencintai orang yang bertawakal ~ Ali Imran; 159
- Allah menyukai orang yang adil ~ al-Maidah; 42
- Allah mencintai orang yang berperang di jalanNya ~ as-Saff; 4
- Allah mencintai orang yang mengikut RasulNya ~ Ali Imran; 31

Muhsinin, muttawwabin, mutathohhirin, muttaqin, sobirin, mutawakkilin, muqsitin, allazina yuqatilu fi sabilihi, tabi'in ~ Banyak lagi ciri-ciri yang patut ada pada seorang mukmin, tapi rasanya cukuplah ciri-ciri yang ana senaraikan ni :)

     
#Aku biarkan firmanNya berkata-kata, merungkai erti cinta yang sebenar. Aku semakin leka dengan kalamNya, yang memberi ilham kepadaku tentang cinta dan sayang. 

* Pesanan buat tralala ~ (kat shoutbox) dan diri saya sendiri ; Hiasi wajahmu dengan kejernihan wudhuk, insyaAllah hilanglah dahaga. Rajinkan dirimu untuk menghadiri majlis ilmu, kerana yang lapar sebenarnya bukan jasadmu, tapi qalbumu ~ :)

“To fight against one’s desires is the greatest of all fights.”

Terima Kasih, Awak ~ :)

Saturday, September 24, 2011

-Bismillahirrahmanirrahim-

#Sesungguhnya by Raihan


Awak,
Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya,
Mengisi kekosongan dalam hati saya yang memerlukan teman buat mendengar kisah suka dan duka saya.

Awak,
Terima kasih sebab dah jadikan impian saya,
Menjadi satu realiti dan bukan fantasi.

Awak,
Akhirnya impian saya untuk berukhuwah demi redhaNya semata-mata dah tercapai. Alhamdulillah.

Awak,
Semoga awak tahu,
Saya sayang awak,
Sayang sangat ~

Sebabnya..
Awak yang sedarkan saya saat saya sedang lena dengan fitrah yang kadang-kadang seperti tak mampu dibendung.
Awak yang bangunkan saya saat saya sedang leka dengan fananya sebuah permainan syaitan dalam menggoda umat anak Adam.
Awak yang pinjamkan bahu saat air mata saya mengalir bagai tidak mahu berhenti.
Awak yang membuktikan pada saya, dakwah itu bukan mudah.
Saat saya mula futur, saat saya mula tersasar dari landasanNya.
Awak yang ajak saya untuk kembali kepadaNya.
Awak seakan-akan menjadi pelindung buat saya saat iman saya yang ada kalanya di bawah dan ada kalanya di puncak ini turun.

Awak,
Maafkan saya ~
Saya tak mampu mencoret kata-kata indah buat awak,
Saya tak mampu menaip stanza kasih untuk awak.
Cukuplah Allah yang mengetahui betapa bersyukurnya saya punya teman seperti awak :)



Dan 'awak' ~ Anggaplah awak tak pernah kenal saya. Anggaplah semua yang pernah berlaku sebagai satu
khayalan. Betullah apa yang sahabat awak nasihat walaupun yang tahu hakikatnya cuma saya dan awak. Bertuahnya kita, punya sahabat yang sangat menyayangi kita. Mereka tak mahu kita terjerumus ke lembah kehinaan. Betullah kata mereka, kita semakin tersasar dari jalan yang sepatutnya kita lalui ~ :')

islahnafsi:

T_________________T

“To fight against one’s desires is the greatest of all fights.”

Doa Wahdah ; Pengikat Ukhuwah :')

Thursday, September 22, 2011

-Bismillahirrahmanirrahim-





Tangan ini erat dipaut oleh teman seperjuangan, 
Seperti mana telah tertautnya hati-hati ini.
Terbentuklah sebuah liqo',
Tanda ukhuwah yang tak akan putus.

Lalu laungan tauhid terbit lantang dari bibir seorang ketua.
Dan wahdah pun bergema,
Menyatukan hati-hati para perindu syahid di jalanNya.
Qalbu ini bergetar mengenangkan kehebatan Sang Khaliq.

Dia yang menunaikan janjiNya,
Dia yang memenangkan hambaNya,
Dia yang memuliakan tenteraNya,
Dan Dia mengalahkan musuhNya berseorangan.
Hebatnya Dia, kerdilnya diriku, bisik hati ini.

Ya Rabb,
Hanya dengan izinMu ukhuwah ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat kami,
Maka tautkanlah hati-hati kami,
Agar tidak futur dari perjuangan penuh mehnah menuju redhaMu.

Ya Allah,
Meski kami kadang-kadang lemah,
Walau kami kadang-kadang tersasar,
Tetapkanlah hati kami agar terus bersama agamaMu.

Ya Allah,
Tiupkanlah semangat jihad ke dalam diri kami agar kami terus thabat,
Kerana dalam jiwa kami masih ada satu impian yang mungkin akan tertunai,
Mungkin juga tidak..
Iaitu menggapai redhaMu.

Mujahidah Solehah, insyaAllah :)




“To fight against one’s desires is the greatest of all fights.”

Tugas Dakwah Itu ~ :)

Tuesday, September 20, 2011

-Bismillahirrahmanirrahim-

"Dan hendaklah ada di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." Ali Imran; 104


Sahabat,
bukan aku berlagak pandai,
bukan aku merasakan diri ini hebat,
tapi ini tanggungjawabku.

Tanggungjawabku untuk menegurmu,
untuk menasihatimu,
untuk mengajakmu ke arah jalan kebaikan,
untuk menyerumu ke arah kesabaran .

Maafkan aku,
andai kata-kataku mencalar hatimu.
Maafkan aku,
andai bicaraku bertentangan dengan suara hatimu.

Aku cuma mahu kau tahu,
inilah hakikat gelaran seorang da'ie.
Da'ie itu wujud untuk mengajak kepada yang makruf,
dan mencegah daripada kemungkaran.

Aku sedar,
diriku sendiri penuh cacat dan cela,
insan ini penuh dosa dan noda,
tapi walau sehina apa pun diriku,
sejahat mana pun diriku,
seteruk mana pun diriku,
tanggungjawab itu tidak pernah lari.

Gelaran da'ie itu mengajarku untuk menjadi abid yang lebih baik,
gelaran itu membuatkan aku seperti diperhatikan ketika melakukan sesuatu perkara.
Dengan gelaran ini,
diriku sendiri terdorong untuk berubah.

Jika aku sendiri yang melakukan kemungkaran,
tegurlah aku.. perbaikilah diriku ini.

Walau aku bukan da'ie sehebat Rasulullah,
tidak juga sehebat para sahabat,
tidak juga semulia wanita sirah,
tidak segah para tabi'in,
jauh benar beza diriku dengan mujahid dan mujahidahNya..

Namun sahabat,
kita harus sedar,
tugas ini tidak menunggu kita hingga menjadi insan sempurna :)
“To fight against one’s desires is the greatest of all fights.”

Aurat Wanita Muslim Dengan Wanita Kafir :)

Monday, September 19, 2011

-Bismillahirrahmanirrahim-

-tak ada kaitan-


Assalamualaikum ~ kaifa halukum? Semoga berada di dalam perlindunganNya, insyaAllah :) Hari ni dah 19 September, kakak-kakak dan abang-abang ada yang dah pergi ke Jordan, alhamdulillah :D Kakak-kakak dan abang-abang yang bakal melanjutkan pelajaran ke Egypt pulak tak depart lagi ~ *nak ikuuut*

Someday, saya pun akan ke Egypt ngehehe =P *biiznillah* Hari Jumaat ni salah sorang senior akan bertolak ke Russia. Mujahid dan mujahidah SHAMS bertebaran di serata dunia, subhanallah ~

So hari ni insyaAllah saya akan share something related to this :)


Aurat muslimah dan wanita kafir. K selamat menimba ilmu :) Wallahua'lam.
“To fight against one’s desires is the greatest of all fights.”

Buat Kamu, Sahabat Yang Aku Sayang Kerana Allah :)

Friday, September 16, 2011

-Bismillahirrahmanirrahim-







Bukankah telah aku pesan padamu,
Jaga thiqahmu..
Namun bukan itu yang aku lihat. 
Maaf, jujur aku katakan.. 
Thiqahku yang menggunung suatu masa dulu, 
Kini kian pudar. 
Semakin lama, thiqah itu semakin memudar. 

Pernah suatu masa, 
Kau zahirkan sesuatu yang sepatutnya kau simpan kemas di dalam hatimu. 
Namun aku cuba untuk husnuzhon..
Tapi sekarang aku tidak mampu lagi untuk melakukan perkara yang sama. 

Aku sedar, 
Siapalah aku untuk menegurmu,
Tapi aku bimbang.. 
Bimbang dengan thiqah mad'u yang selama ini mengagumi dan menghormatimu. 
Maaf sahabat, 
Mungkin aku pernah menjadi orang yang selalu menghormatimu saat yang lain mula hilang kepercayaan kepadamu, 
Tapi saat ini.. 
Aku bukan orang itu. :|

Allahurabbi T__T Ada hikmahnya perkara ini berlaku. Dia mahu aku untuk turut menjaga thiqah dan izzah yang sepatutnya ada pada seorang da'ie ~

“To fight against one’s desires is the greatest of all fights.”

The word 'sorry' :)

-Bismillahirrahmanirrahim-


Jangan cuma pandai berkata-kata. Perkataan maaf itu hanya dapat dizahirkan melalui perbuatan.

“To fight against one’s desires is the greatest of all fights.”

 
"Ya Ghaffar, please forgive me for the sins I have done every single day, intentionally or not. Verily, You are The Forgiver. Take my life away only in the best state of iman.”